Khamis, 3 Mac 2011

PELIK kan...?

Kenapa ana guna warna merah..?

Sebab dalam hati ni marah sangat pada seseorang...erk...mungkin 2 orang. Agak pelik bila marah, tapi masih tertawa. KETAWAkan orang tersebut. Emmm....susah nak predict kekuatan diri. Selalu tak berani mana pon. Tapi bila dah marah.., BUKAN MAIN BERANI lagi kan...

Semalam..demi satu kepastian. Ana berusaha, berfikir dan merenung jalan yang terbaik. Dari dengar cakap-cakap orang, lebih baik telinga ni dengar sendiri dari tuan empunya badan. Biar lah pahit mana pon, biarlah ia seteruk mana pun. Akhirnya, dengan kekuatan dan kegigihan mulut ni, ana tertanya juga. Adakah betul seperti yang di dengar?? Adakah BODOH telah kembali kepada tuannya??

Dulu, disuatu ketika ana dibodohkan..
Hari ini, orang yg bodohkan ana tu yang sebenarnya B _ _ _ H!!

Aisshh....agak tak sopan kalo tulis penuh word tu. Tapi apa lagi patut ana cakap. Kita sebagai manusia perlu ingat bila meludah ke langit. kena cepat2 elak..kalo tak..mcm ni la jadiknya. Ana sayangkan kedua2, apatah lagi yang sorang tu ana pernah mencintainya. Ana sanggup buang perasaan cinta ini untuk dia berbahagia dengan isterinya tapi kenapa ini balasan yang tertepek kat muka ana?? Yang gegurlnye pulak, apa lagi yang dicari dalam hidup kamu? tidak cukupkah selama ini nikmat yang melimpah ruah di kurniakan oleh Allah.. Kenapa dok terkejar-kejar benda yang sudah tentu busuknya..??

:: Hari ini..mungkin kita tak sedar apa yang kita buat itu menyakitkan hati seseorang. tapi kau ORANG ingat2 la. Beringat-ingatla...jangan sampai tak di maafkan orang ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan