Khamis, 31 Disember 2009

Di Akhir-akhir Perjalanan 2009

Aku bukan siapa-siapa pada-Mu. Hanya hamba yang hina. Segala gerak nafasku Engkau yang empunya. 2009...kurang 12jam akan meninggalkan aku. Aku terpaku. Seolah-olah baru semalam ia mengintai kehidupan ku. Bermula dengan airmata.., airmata juga mengakhirinya.
Tidak banyak momen manis untuk dikenang, apatah lagi untuk tertawa bila kadang kala ia datang menerjah kotak kenangan. Terlalu payah untuk aku cuba menerus kehidupan dalam tahun 9 ini. Bertempayan duka ku...tanggung sendiri. Pernah sekali hilang kesabaran..lalu berfikir untuk apa aku terus gagah berlari mengejar kebahagian???
Tapi baru kini...semangat kembali. Mungkin 9 bukan angka bertuah aku...
Mungkin 10 lebih bermakna nilainya. Lebih mengajar untuk erti KEKAL HIDUP.,,
Mudah-mudahan...
Semua akan jadi lebih baik INSYAALLAH...

Rabu, 30 Disember 2009

Mungkin Ini Tanda-Nya..aku mesti Meninggalkan dia

"Hari ini, adalah hari terakhir aku di sini"


Menatap semua ini untuk kali terakhir..membuatkan airmata aku mengalir laju. Terlalu banyak duka dan tawa yang akan aku tinggalkan. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu aku lakukan. Emosi aku berselerakan bila mengenang yang akan aku lalui. Rencana apakah ini Ya Allah?? Aku sekadar mampu bertanya di dalam kepasrahan. Kerana aku yakin dan percaya bahawa DIA menyayangi aku sepenuh CINTA pada HAMBANYA.



Selama setahun aku menanggung perasaan hebat ini. Di dunia mana untuk aku lari menghempaskan semua rasa yang beraja di hati. Saban waktu aku menadah tangan memohon-Nya mengerti hatiku, simpati padaku..merayu kasih pada-Mu. Dari awal tahun aku melangkah penuh berat, dugaan yang tidak pernah aku bayangkan begini hebat. Membuatkan hidup aku bagai jasad yang hilang kemana nyawanya. Pada siapa lagi untuk aku terangkan pahit ini. Makhluk dari alam mana lagi untuk aku temui supaya lenyap tangis lara ku ini. DIA,,,DIA,,,hanya DIA yang mencinta, memahami seluruh pelusuk jiwa ku.

DIA memberikan aku salah seorang sandaran jiwa yang indah..
Paling indah dalam hayatku..Rumah itu saksinya,,disini,,

Kami melepaskan semua yang terbuku dihati. Aku syukur padaMu Tuhan. Biarpun lewat tapi keikhlasan kasih yang Kau beri membuatkan aku semakin pasti dengan kata hatiku. Biar dia bukan milikku, tapi kasihnya membuatkan aku terus hidup dalam mensyukuri segalanya. Kerana dengan IZINMU, maka terjadilah ini semua.

Wahai yang Maha Agung,
Hari ini..aku kehilangan NORDIN - yang tinggal hanya kasih sayang dan cinta dalam hati
Hari ini..aku pergi dari kenangan silam - yang mengajar aku erti KEKAL HIDUP di bumi-Mu ini
Moga di suatu hari nanti,
Aku MOHON pada-MU...
Berikan aku kebahagian - dan bahagiakan lah NORDIN
Temukan jodoh yang terbaik untuk ku - jodoh yang boleh menjadi suami, menantu dan ayah yang baik
Temukan ku dengan cinta seorang suami yang menenangkan hati, jiwa dan ragaku untuk aku menuju-MU
Jangan pernah Engkau meninggalkan ku Ya ALLAH
Ajar aku untuk menjadi hamba yang tidak lupa pada-Mu tika susah mahupun senang
Ajar aku untuk redha, sabar, tabah dan tenang dalam menjalani liku-liku kehidupanku
Tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai
Berikan aku Taufik dan Hidayah-Mu
Moga aku tidak semakin berdosa pada-Mu Ya Allah..

AMIN...