Khamis, 30 Julai 2009

Semangat ini Dulu...

Yang ini dulu nenek moyang kita amalkan..





Makin dilupakan...tapi masih kekal ada..-



kita waris penyambungnya..
xtvt gotong-royong
MKAV, BBST

Rabu, 29 Julai 2009

Sabar Awak...


Semalam DIA suruh ana sabar lagi. entah ke berapa kali...ana sendiri lupa. Apakah memang ana kurang penyabar orangnye?? tak cukup sabar lgkah ana selama ni?? huhuhu..


Entah kenapa tiba-tiba ana rasa seumur idup ana ni asyik menunggu orang. Emm...lebih dari itu sebenarnya. Maksudnya..perasaan ana. mcm mana dengan perasaan ana? selalu jek rasa takde siapa yang ambil peduli. Jangan kata nak beri pujian selangit tinggi, tapi nak jaga hati ana pun tiada yang sudi. Balik-balik, ana juga yang nangis..


Kadang-kadang ana fikir, lebih baik jadi si Kecil Kesayangan Orang mcm dulu2. tak letih nak fikir perasaan org...,perasaan sendiri. Seronok je kan main2 sampai letih. Tidak susah payah peduli hati org2.. Tp dunia ni indah utk diteroka. Rugi kalau terus diam main2 di situ. Cuma...kenapa bila kita makin dewasa org2 banyak tinggalkan kita - Jauhhh.....pergi. tak toleh-toleh pun..


Akhirnya, duduklah ana di tepi pantai menghadap laut setia menunggu dengan bertemankan sabar. Sampai bila mahu sabar..ana tak tahu.


"Mungkin sesabar pasir yang menunggu ombak datang memutih...berbuih-buih.."

Isnin, 27 Julai 2009

Diperkenalkan….


Ini la dunia kecil ana…(lepaskan semua!!)
Teman yg sentiasa menemani ana sekarang…Ms. Pc, En. Noc dan Mr. Kodok (Nampak ke tu??) di sini ana melayari dunia tanpa sempadan. Dunia yang ana x-kan dapat dgn hanya membaca atau berjalan. Hanya kamu2 sahaja yang tahu tentang Ana..
‘Aku yang kehilangan dalam diri sendiri..’


Ana amat mementingkan keselasaan. Kadang-kadang bukan kemas sgt pun sudut ni. Selerak lagi-lagi kalau …beterbangan putih-putih kertas.

Sejak hari itu..di sini la ana hamburkan kesal, tangis, dendam….erk…pasrah ku. Ana sembunyi dari kamu semua, dari Dia. Untuk mengabdi diri pada Dia yang Esa. Lari ana lari, smp hujung dunia.dunia kecil ini yang ana jumpa..bagai ada ketengan abadi…bagai…
Yang sempit itu sebenarnya luas. Luas tanpa sempadan. Berdiri dgn kudrat diri. Ini yang ana dapat dari sini. Apa sgt lah ana…berbanding dia yang masih menangisi kenangan 7tahun lalu. Dia semangat ana… ingin ana berlari di pantai seperti dia. Walau kadang-kala sunyi tetap datang menerpa. Ingin ana melukis seprti dia, biar tangan aku juga boleh meluahkan segala kata hatiku.

Bermula Hari Ini – Yuhuuuuuu!!!!



Salam..semua. Pertama kali ana muncul di alam blogger!! Teruja sangat, menerokai sesuatu yang baru. Suatu alam yang boleh ana berkongsi dan curah semuanya. satu permulaan yang agak perlahan sebenarnya..tapi lama-kelamaan semakin berani untuk menyelami isi alam maya ini.

Emm..ana tak mengharapkan apa-apa..cuma..aku ni suka gak pada seni..lukis..fotografi..teater…nyanyi..lalalalalalala- tu pasal la ana ni lahir bulan APRIL yehaaa.. bakat n imaginasi sering bersatu. Ana bersyukur dan bangga dilahirkan dgn deria yang cenderung kepada seni.



Bagi ana….”Dunia Ini Penuh Seni Hidupnya”