Aku akui, aku cemburu. Cemburu pada dia yang juga seorang wanita. Aku tidak tahu bagaimana lagi untuk meluahkan rasa cemburu yang sarat setiap kali memikirkan dia. Aku kadang-kadang rasa terlalu kerdil, terlalu tidak mempunyai keistimewaan jika di bandingkan dengan dia. Aku cuba terima keadaan diri...tapi gagal.
Kenapa aku harus begini. bagaikan tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Bagaikan tidak redha atas fizikal diri. Sempurna sangat kah dia jika di bandingkan dengan aku??? Ye...aku banyak kurangnya. Aku banyak miskinnya...!!
Kerana segala kekurangan itu, aku korbankan cinta ku. Aku mengalah..memberi semua yang aku ada. Kerana tanpa aku sedar dia yang sebenarnya memiliki semuanya!! Semua yang aku idamkan, impian dan harapan sepanjang hayat ku yang akan datang. Sering Tuhan melihat aku menangis kederitaan, kerinduan, tenggelam dalam kesyahduan melayan kesedihan. Adakah DIA memakbulkan segala doaku...walaupun di penghujung doa aku sering tertidur keletihan dalam pengharapan...???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan