Yup!! Tepat sekali..ana masih rindukan kehidupan setahun dulu. Dah setahun pun, tapi masih ingat lg cik Ana??..-Mestilah..,yang pergi takkan sama yang mengganti- Pagi ni ana ke opis, tak sangka dia ada. Tengok kereta takde, ingat dah pegi kemana-mana. Ana tak tau kalo jelingan mata ana salah, tapi memang dia memandang wajah ana. Dan ana....tak boleh nak tengok pun muka DIA!! Demi TUHAN, bukan kerana benci,marah..tapi RiNdu..,terlalu rindu. Ana tak sanggup nak lihat wajah orang yang ana cinta, namun ana tak dapat memilikinya. Apa kudrat ana sebagai hamba yang diciptakan-Nya. Ana hanya mampu terus merindu dia.. Sungguh, semua masih sama seperti dulu. Tidak ada yang beralih tempat, rasa cinta yang masih mekar ikhlas.
Memang ana akui, bukan seorang yang menagih kasih sayang ana. tapi ana belum bisa membuka hati ini untuk mereka. Cinta ini masih untuk DIA. Jangan tanya kenapa sebegini bodoh ana mencintai orang tapi orang itu sudah atau memang tak pernah cintakan ana. Cinta dia hanya di bibir untuk ana. Ana takde jawapan utk itu..yg ana tahu, ALLAH dah kurniakan cinta ini untuk Dia. Dan...akhirnya ALLAH juga yang tahu bila cinta ini akan beralih utk insan lain. Ana bukan tak mencuba, tapi sungguh...GAGAL!!!
Dah byk doa ana titipkan. Agar yang pergi itu berbahagia hendaknya,..dan ana ditemukan dengan JODOH yg sebenar2nya jodoh. Ana tak akan dan tak pernah berputus asa. Ana yakin, di satu hari nti, Allah pasti makbulkan doa ana. Untuk DIA yang mencinta, hanya doa kebahagian untuknya yg ana mampu tadahkan sebagai tanda keihklasan dan cinta yg mendalam.
"walaupun kau bersamanya, kau tetap aku yang punya, biar ku telan pahitnya, agar kau bahagia, siang dan malam aku menanti, walau diri ku tak dipeduli, sayang kau tak menyedari, cinta mu ada disini"-akukah ini??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan