Alhamdulillah..
Hanya kalimah ini yang ana mampu ucapkan. Kalau nak di tulis semua pemberian indah-Nya..ana pasti 7 lautan dakwat belum tentu cukup untuk dijadikan tinta. Entah kenapa sejak akhir2 ini ana jadi sgt pasif dan sensitif. Mudah sgt menangis dan terasa hati. Dan paling ana rasa susah nak kawal adalah TERINGAT.Korang tahu tak macam mana ana nak kawal perasaan ana?? Ana selalu terpikir, temenung, dan akhirnya airmata akan keluar bila mengenang 'Dia'. Tak cukup lama ke dia pergi dari hidup ana? Apa ana ni dah tiada perasaan marah ke bila di pIjak2 orang2?? Sampai bila ana mengalah hanya kerana MENYAYANGI orang2??....-kalau boleh, tolong jawab semua ini untuk ana..!!!
Ana sedar, yang lambat laun ana kena terima takdir ini,..mengaku dalam sedar yang 'Dia' sudah...........PERGI. betul kata orang dulu2, jangan diberi semua yang kita ada, Berilah Seadanya. supaya kita tidak rugi dan dia tidak untung. Adakah ana rugi ditinggalkan?? eemmm...Wallahua'lam. Hanya Yang Atas sana mampu memberikan jawaban kerna DIA tidak akan memberikan dan menghilangkan sesuatu apapun dengan sia-sia buat hamba-Nya. Persoalannya,,..mampukah ana menjadi hamba-Nya yang sabar menunggu hikmah dari semua takdir-Nya.. Saban hari, doa kesabaran ini yang ana panjatkan supaya ana tidak makin jauh iman pada-Nya, menjadi hamba yang tahu bersyukur dengan bersabar.
Yang ana ada sekarang DIA Maha Satu, keluarga mencinta dan korang semua yang menjadi sayap-sayap kanan ana. Kalau lah KORANg tidak wujud...huhuhu. Ana akur dan sedar, betapa kerdil kita dalam dunia kita sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan