Mimpi...biarlah hanya mimpi
Ana mimpi lagi tapi kali ini agak berlainan sikit. lain yang macam mana? Adakah korang penah bermimpi...yang mana dalam mimpi itu, korang dapat semua jawapan yang korang mahukan selama ini?? Cuba fikir kejap....
Emm...tulah yang ana mimpikan. Segala yang ana persoalkan, terjawap dalam mimpi tu. Semua yang ana mahu tanyakan, ana dah tanya..dan jawapan pun ana dah dapat..
Jawapan yang ana mahu dengar sendiri dari mulut DIA kenapa...mengapa..siapa.. dukacitanya nya pula, semua jawapan tidak memihak pada ana. Cuma, bila ana fikir semula, alangkah baik dan beruntungnya ana hanya mendengarnya dalam mimpi.
Kalaulah...ana mendengar nya di alam nyata ini,
Pasti ana menangis lagi...pasti membenci DIA selama hayat ini...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan